Buscar

Loading...

Páginas

PERKARA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG TELEFON BIMBIT




Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda  sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan antaranya : -



1)      NOMBOR KECEMASAN


Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )



2)      KERETA TERKUNCI


Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat  ' ON '  pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta  anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.



3)      KUASA BATERI TERSEMBUNYI


Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci  ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .



4)      TELEFON KENA CURI

Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail  *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun  ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.


*Share infO sikit! Godam dari Tagged kOt. Lupe da*


25 orang kaye mengOmel :

rafaiz benitez

wahhh..
cam xcaye no 2 tu.
huhu

MiSyA BuDok PaHanG!

Xtaw. Copy jek ni =p

Aus

wow..
infi yg no 2 cam manarik gile..membuat kan hati ingin mencuba..
ahaha..

MiSyA BuDok PaHanG!

Cubelah!
Mne taw btol
Yg pasti no 4 tu mmg btol =)

afendie

info yg menarik.. TQ

angah iza

wah....info yg sgt bagus :)

sue

aaa..penah baca gak kt blog sape ntah. huhu nice info. ade x info pasal cmne nak hentam org yg jual hp tipu. adeh~

zella

ada member pernah test fakta no.2 tu... rs2nya menjadi...

MiSyA BuDok PaHanG!

Afendi: C n p jek


Angah: Btol2. Ley gune ni


Sue: Hehe... Ilmu ni


Zella: ye ka jdik?

nurayunni

leh try nie....

MiSyA BuDok PaHanG!

boley jek

applesakura

waw! nice info lah bebeyh~ hehe

ocha

nk tukar hp..leh x??=D

aNiSa hANg tUaH

okeh2
time kaseh di atas info anda
hehe
:)

yuyun

salam. yang no.2 tu dulu pernah dengar jugak. tapi satu hari terterjah video ni:

http://www.clicknetwork.tv/watch.aspx?c=1&p=8&v=222

mungkin tak semua kerete kot~ =)

MiSyA BuDok PaHanG!

Applesakura: Mari cube beramai2


Ocha: Boleyh!


Anisa: Same2 kaseh =)


Yuyun: Benarkah?

Armyrule

aku penah gak post artikel ni kat blog aku...huhuhu...tp xpenah try pun...aku cilok dr blog org lain gak...hahaha

MiSyA BuDok PaHanG!

Ni xcilOk dri blog org len
CilOk dri Tagged

cik EPAL

memang info yang berguna :)

Arda-Hazmi

best2..
nk try yang kunci tinggal lam kete tu..
bunyik cam best jew..
hehe

whitedaisy

info berguna...:)

MiSyA BuDok PaHanG!

Cik Epal: Aah sgt bergune



Arda: Hehe.. Silekan. Jgn xjdik da ler


Whitedaisy: =)

mutantxy

kalo hp sony mcm mana??:(
cian kat sony...

F I T

pergh cenggitu..memang byk info a...

info tambahan...yg tekan *#06# tu serial number...kalu num ke 6 dan 7 tu 01 maknanya buatan Finland=paling baik..yg lain tu kureng a..heh

touyakaruma

Wah nak kena cuba nie !