Anak Ommie

Pengalaman bersalin setiap orang tak sama. Here is my story...

This is Aqil's first picture. Masa ni pukul 7:07 am. Lahir 3:48am.

Dalam gambar nampak lain sangat anak Ommie ni 😅
Kalo dedepan tengok Ya Rabbi putih melepak idung mancung bersih sangat kulitnya.
Mase beranak keluar pon bersih je. Ada setompok darah je kat atas kepala Aqil. Takde putih2 (vernix) kat badan Aqil. Memang pure bersih licin putih 😙

Cite pasal beranak, at 40 weeks due date terus kena tahan hospital sebab air ketuban kurang, berjalan dalam wad 8 jam, contraction makin kerap pukul 2 pagi, 2:38am masuk labour room. Kena induce tapi still borak dengan doktor. Doktor cakap anak pertama ke kedua ke ketiga sama je sakitnye... Borak sambil nanges tahan contraction pain. Doktor lak x bagi nanges. Dia cakap jadi mak orang tak boleh nanges da.

Masa kena induce tu br 5cm. Doktor cakap kalau tak tahan sangat dia bagi ubat tahan sakit. I refuse to take sebab nak rasa nikmat sakit tu. Borak ngan doktor pasal epidural. Dia tanya, nak ke? 😅 Lagi la x mau. Cakap kat doktor, baik saya tahan sakit dari amek epidural. Sebab saya taw effect dia smpai ke tua kat tulang belakang.

Then doktor pecahkan air ketuban. Masa tu la sakit melampau tak ingat dunia then suruh doktor panggil husband. Doktor suruh dia cepat sebab Aqil dah tak boleh tunggu lama (8 cm). Tengah nak beranak memang tak pegang tangan suami. Pegang tepi katil je sambil suami bagi semangat. Tepat 3:48am, Aqil keluar. Ommie automatik tergelak happy mase tu tapi nak nanges jugak 🤭

Tapi sakit tu tak habes kat situ, kena jahit is the worse things yang tak boleh hilang fobia tu sampai harini. Sakit beranak ke kena gunting (tak rasa) semua tu boleh endure lagi. Kena jahit 😅 I is kenottttt... Dah la salah jahit, bukak semula then jahit balik. 😭

So dalam banyak2 sakit, cuma sakit kena jahit je yang Ommie Aqil rasa tak boleh nak endure. Fobia betul sampai rasa dah taknak beranak. 🤭

Sekarang Aqil dah 2 bulan +++. Makin cerdik, tapi selalu meragam bila dengan Ommie die. Kuat merajok. Nak pujuk Ya Rabbi susahnye sampai Ommie nak nanges skali. Baby korang camtu tak?









0 orang kaye mengOmel :